Nelydia Senrose Kongsi Bukti Pembayaran Cukai Di Instagram
Tidak senang dengan berita waran tangkap yang dikeluarkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam, Nelydia Senrose menerusi akaun Instagram telah berkongsi gambar resit pembayaran cukai LHDN yang bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 sejurus selepas berita itu tersebar di laman sosial sebagai bukti cukai tersebut telah dijelaskan.
BACA: Mahkamah Keluar Waran Tangkap Nelydia Senrose

Nelydia yang kini berada di kota London hanya memuat naik gambar resit terbabit sebagai bukti pembayaran yang dilakukannya. Kalau dilihat di ruangan komen, ramai juga yang bengang dengan sistem LHDN yang seolah tidak mengemaskini maklumat pembayar. Namun ada juga yang mempertikaikan ketidakhadiran pelakon terbabit ke mahkamah.
Bagaimanapun, dalam posting yang sama tidak kelihatan pula pembayaran pada tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012 seperti yang didakwa oleh LHDN. Semalam, Nelydia dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun.
Setakat ini Nelydia masih tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini sebagaimana beliau juga tidak berada di Malaysia. Apapun diharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika betul Nelydia sendiri sudah menyelesaikan semua cukai yang tertunggak. (rtky/w)
Kamu berdua nelydia dan uqasha wajah kembr siapa kongsi tau.. ada masalah wirnah adik keluar jalan kot adam af doa.
okee
begitu
iya
Lupakah apa dia cakap adam af syg..
oi eleena, jika tak reti express dalam bahasa malaysia, tulis bahasa inggeris pun tak pe. Awak tulis satu benda pun tak faham… kesian.
Tegur pun dye x paham.. haha
Ignored. Dia guna predictive text. Mcm mcm gile.
jika tak bayar cukai sampai 4 tahun berturut turut, berat bahu di pikul.
Saya pun tak tahu siapa pmbayar cukai lha..
Sorry kalau tak mahu tulis dalam bahasa inggeris napa suruh inggeri. I’m be angry the kids firas..
Bongok kan?
Dah udara awan yg sekuat allah swt mlm..
Tak nak bongok?
Lembab patut org tk nk buat bini..
Contoh : Artis lari dari byr cukai!! Dlm 5 thn taksiran, yg byr cuma sekali (1thn taksiran, entah cukup entah tidak), tunjuk bukti konon!. Lhdn takkan silap kira. Dia ingat dia boleh lari dr byr cukai ker, lhdn tau income dia bape, (lhdn dpt check dr pembayar cukai aka syarikat yg byr income artis tu la).
2009 bukan dia umur 14 ke. Knp nak byr cukai ya?? Sy umur 15 perlu ka byr cukai? Kerana simpanan ke? Tak dpt buat simpanan ke atau simpanan trlalu byk?
tu lah yg aku hairan .. 2009 , 2010 & 2011 kan nelydia ni msih underage ..
Uit.. xcukup umo lg tuuu… nikah pun blum bleh lg.. tp kalo wat ank,14/15 dh buleh dh.. haha