fbpx

Nelydia Senrose Tak Tertekan Belum Hamil

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, Nelydia Senrose berkata dia menyerahkan rezeki untuk menimang cahaya mata pada ketentuan takdir. Menurut Nelydia, dia tidak meletakkan tempoh tertentu untuk menanti kehadiran cahaya mata.

Nelydia mengakui dia dan suami, Mohd Hafez Halimi sangat mengharapkan kehadiran zuriat dalam rumah tangga, namun cepat atau lambat, dia menerima dengan hati terbuka dan tidak mahu terburu-buru.

BACA: “Hati-Hati Nelydia Senrose, Nanti Suami Kau Kena Kacau”

“Saya dan suami tidak pernah merancang, cuma belum rezeki. Segala-galanya atas ketentuan Allah SWT. Jujurnya, pasangan suami isteri mana yang tidak menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Saya dan suami sangat mengharapkan zuriat.

“Cuma, kami tidak mahu terburu-buru. Kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, tanpa rasa tertekan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nelydia berkata seandainya belum dikurniakan zuriat dia dan suami tetap reda dan sabar memandangkan tak sampai setahun mereka berkahwin. Ujarnya, dia lebih suka menikmati setiap momen bersama suami sebaik mungkin.

“Lagi pun, kami berkahwin tidak sampai setahun, mungkin ada baiknya kami menikmati fasa kehidupan baharu dan bulan madu terlebih dahulu,”

“Malah, saya sempat berbulan madu ke Jakarta, Tokyo, Hawaii, Las Vegas, New York dan Jepun bersama suami, tahun lalu. Lebih sebulan kami mengembara berdua menikmati lokasi indah.

“Seronok dapat menghabiskan masa berdua dari satu lokasi ke lokasi lain. Memang memenatkan, tetapi momen inilah menjadi ruang untuk lebih mengenali antara satu sama lain,” katanya.