fbpx

Neelofa Tunai Umrah Bersama Ibu, Keluarga

Manis sungguh kami lihat raut wajah pelakon dan juga pengacara ini, Neelofa, bergambar bersama ibunya di tanah suci ketika sama-sama mengerjakan umrah di sana. Menurut kemaskini Neelofa di Instagram, dia kini berada di Madinah.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Neelofa Bakal Kendali Talk Show Sendiri?

Walaupun kini Neelofa dalam masa yang sama sibuk dengan perniagaan jenama tudungnya sendiri dan juga dalam bidang pengacaraan namun figura awam ini masih sempat mendekatkan diri kepada Tuhan. Pemergian Neelofa mengerjakan umrah mendapat ribuan reaksi positif daripada peminat setianya di Instagram.

Apa-apa pun, kami doakan agar Neelofa selamat pergi dan selamat pulang. Pasti banyak perkara yang mahu dikongsi pelakon ini bila pulang ke tanah air nanti. Mungkin juga selepas pulang daripada umrah, Neelofa bakal bertemu jodoh, eh? (rtky/s)