Selebriti terkenal, Neelofa meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima gelang tangan daripada suaminya, PU Riz sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Neelofa turut meluahkan penghargaan buat suaminya serta tersentuh dengan sikap PU Riz yang selalu cuba membahagiakan isteri meskipun dirinya tidak pernah meminta-minta.
BACA: “Dah Pakai Niqab Pun Masih Layak Jadi Model LV” – Peminat Bangga Dengan Neelofa
View this post on Instagram
“Terima kasih buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Neelofa turut memuat naik gambar gelang tangan yang diterima daripada suami tercinta. Kata Neelofa lagi, gelang diterimanya itu sepadan dengan cincin kahwinnya.
Dalam pada itu, Neelofa turut mendoakan buat keluarga kecilnya sentiasa diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan.
“Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” katanya.