fbpx

Neelofa Tak Mahu Tampil Berdua Dengan Artis Lelaki Dalam Program TV

Selebriti popular, Neelofa berkata selepas bergelar isteri dia lebih selesa menjayakan program televisyen bersama rakan artis wanita berbanding lelaki.

Memetik mStar Online, Neelofa berkata perkara tersebut bukan syarat diletakkan oleh suaminya Haris Ismail tetapi ianya adalah kemahuannya sendiri.

BACA: Selepas Dedah Wajah Bilal, Neelofa Dilihat Bercuti Di Langkawi

“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai. Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan selebriti lelaki jika ada individu lain yang turut diundang.

“Jadi kalau ada tetamu lelaki sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay. Saya ambil kira apa yang dipaparkan, apa yang dipertontonkan,” katanya.

Sementara itu, Neelofa menjelaskan dia membuat keputusan sedemikian bukan kerana mahu mengelak kata-kata netizen tetapi mahu menjaga maruah suami.

“Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami saya. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga.

“Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa itu adalah benda yang baik. Buat apa kita nak jadikan benda itu sebagai syarat. Mana-mana isteri lain pun boleh pertimbangkan benda itu,” kongsinya.