fbpx

Neelofa Enggan Komen Dakwaan Nabila, Engku Emran Nak Bercerai

Selebriti popular, Neelofa enggan mengulas mengenai dakwaan kakaknya, Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran bercerai.

Memetik BH Online, Neelofa berkata dia tidak mahu memberikan komen yang boleh mengeruhkan keraan serta menghormati privasi kakaknya.

BACA: Engku Emran, Noor Nabila Cerai?

“Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik, saya mendoakan yang terbaik sahaja. Sebagai adik-beradik, sudah tentu saya tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila sumber rapat pasangan itu mendakwa Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian.

Malah, turut menjadi bualan apabila kelibat Engku Emran juga dikatakan tidak kelihatan ketika Nabila berangkat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.