fbpx

Neelofa Baik Pulih 21 Surau Di Kelantan

Baru-baru ini selebriti Neelofa memperuntukkan kos sebanyak RM500,000 menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaik pulih 21 surau di negeri Kelantan.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed berkata, surau-surau terlibat adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

BACA: Hadir Di Mahkamah Seremban, Foto Neelofa Kerap Pegang Perut Jadi Perhatian

Menurutnya, sebanyak RM15,000 sehingga RM30,000 diperuntukkan bagi setiap surau bergantung kepada kerosakan dan kos diperlukan untuk membaik pulih.

“Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus,” katanya.

Difahamkan, selain Kelantan, Pertubuhan Kasih Neelofa turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk di negeri Sabah.