fbpx

Natasha Hudson Sudah Memiliki Produksi Sendiri & Rancang Terbitkan Filem

Kenapa ada kelibat’nya Rozita Che Wan dalam gambar di’sebalah anda tanya? Berdua itu bukan’kah lebih baik. #introsampah

Hujung minggu bersama serpihan mood cuti Tahun Baru Cina, pasti anda malas untuk layan gossip gossip berat. Kita simpan.

Berbual baru baru ini bersama si cantik Natasha Hudson, terpacul perkembangan terkini beliau yang kini kian sibuk dengan agenda memajukan diri sendiri.

Lancar bibir Natasha Hudson bila berbicara tentang syarikat baru beliau yang kini sudah pun bergerak aktif & semakin penuh dengan aktiviti seni. Dream Clouds Production merupakan pusat perniagaan Natasha Hudson hari ini. 

Buat masa ini, Dream Clouds Production mempunyai pasukan jurumekap sendiri selain stylist yang sebelum ini pernah terlibat dengan pembikinan video klip Tiara Jacquelina, Siapa Itu untuk teater muzikal The Secret Life of Nora.

Natasha Hudson juga memberitahu, syarikat beliau ini mungkin di’masa hadapan akan menceburi bidang penerbitan program TV, drama dan juga filem bertaraf komersial. Best of luck Natasha Hudson!