Seringkali disoal mengenai jodoh, pelakon Nasha Aziz dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia kini selesa hidup bersendirian malah mengakui dalam masa yang sama dia turut keluar temu janji bersama lelaki.

BACA: Nasha Aziz Sudah Berhijrah?


“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel”

“Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita”

“Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,” katanya kepada BH Plus.

Selesa dengan kehidupan solonya ketika ini, pastinya peminat juga dalam masa yang sama turut mendoakan agar pelakon jelita ini akan bertemu jodoh. Apa yang penting, Nasha tahu merencana kehidupan sendiri. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Rizman Ruzaini