Baru-baru ini, riak wajah anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya ketika menjadi tetamu bagi program Wanita Hari Ini (WHI) menjadi perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok, difahamkan kumpulan itu dijemput untuk mempromosikan lagu terbaharu mereka yang berjudul Damelo.
BACA: Syasya Dolla Tak Terasa Hati Nenek Tegur Imej Seksi
@kyoru1207 Replying to @sm0lril Please get some rest Syasya..?? dolla dollaofficial damelo foryoupage foryou fyp
Apa yang menjadi bualan ramai apabila Syasya dilihat seakan moody apabila ditemu bual oleh pengacara. Diruangan komen, ramai netizen berseloroh mengatakan mungkin penyanyi itu lapar atau pun mengantuk.
Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Syasya dengan menyatakan mungkin penyanyi itu kepenatan dan tidak cukup rehat kerana sibuk mempromosikan lagu terbaru mereka itu.
Terdahulu, memetik Utusan Online, Syasya didakwa pernah menunjukkan reaksi muka kurang senang ketika ditemu bual yang bertanyakan mengenai kontroversinya minum minuman keras ketika berhibur di sebuah kelab malam.