fbpx

Nama Siti Sarah Diabadikan Pada Musolla, Dewan Rumah Anak Yatim

Pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Ogos tahun lalu sememangnya memberi kesan mendalam buat ahli keluarga, rakan artis dan juga para peminat.

Baru-baru ini, perkongsian suaminya, Shuib Sepahtu menjadi perhatian apabila nama isteri tercinta diabadikan di sebuah ruang solat dan dewan sebuah rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

BACA: Shuib Pening Nak Jawab Bila Anak Tanya Baby Datang Dari Mana

Menerusi perkongsian itu, Shuib memberitahu arwah Sarah pernah menghulurkan sumbangan bagi pembinaan ruang solat dan dewan serbaguna di rumah anak yatim itu pada Julai tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Hari ini 12 Mac (semalam), kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff tetapi bersama mentua dan anak-anak. Kali pertama datang ke sini pada 25 Julai 2021 bersama arwah isteri tercinta.

“Arwah terlalu seronok bertemu anak-anak yatim di sini. Kemudian dia diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan mussolla (ruang solat) dan dewan serbaguna yang ketika itu baru 70 peratus siap,” tulisnya.

Dalam video dikongsikan itu, Shuib hadir ke rumah anak yatim berkenaan bersama anak-anaknya serta ibu bapa mentuanya. Kata Shuib lagi, hasrat Sarah untuk melihat ruang solat dan dewan tersebut tidak kesampaian.

“Arwah nak sangat menyumbang sebab mahu lihat ruang solat dan dewan ini untuk kegunaan anak yatim serta orang Kampung berhampiran tetapi hari ini, bila semuanya sudah siap, arwah sudah pergi selama-lamanya.

“Tetapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan apabila nama ruang solat dan dewan ini meletakkan nama Sarah serta digabungkan dengan dua nama lain iaitu Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim al-Attas,” tulisnya.

Lebih sebak, di akhir perkongsian itu Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada arwah isterinya kerna mengajar tentang sedekah.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih kerana mengajar saya tentang sedekah dan yakin dengannya. Semoga pahala terus mengalir untuk awak.

“Insya-Allah akan selalu bawa anak-anak ke sini. Ini lokasi terakhir kita dating sayang. Semoga ada oengajaran yang boleh kita ambil,” katanya.