fbpx

Pelakon Bella Astillah menganggap penyanyi Caprice mula berasa takut apabila namanya terlibat dalam konflik Aliff Aziz susulan pendedahan kekasih aktor itu, Sarah Yasmine.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Bella berkata mungkin Caprice takut selepas disebut sebagai dalang penyebaran fotonya bersama Muaz di akuan TikTok Edisi Umat sebelum ini.

BACA: Sarah Yasmine Dakwa Caprice Turut Terbabit, Nasihat Aliff Aziz Jangan Cerai

“Lepas tu sekarang Cap (Caprice) dah takut sebab ada nama dia pun terlibat dalam perancangan buat akaun palsu dan post aib-aib dengan niat yang salah.

“Cap naikkan balik benda yang dah selesai tu semata nak menutup yang dia juga terlibat. Ya Allah…nak tutup macam mana lagi ni Cap?” tulisnya.

Sarah mendakwa Caprice tahu mengenai hubungan Aliff dan Ruhainies namun didakwa berpihak pada aktor tersebut. Lebih mengejutkan, Sarah mendakwa gambar Bella Astillah dengan pelakon Muaz Zabir yang tular sebelum ini adalah suntingan Caprice.

Sarah juga mendakwa Caprice yang menasihati Aliff agar tidak setuju untuk berpisah ketika sebutan kes perceraiannya pada 4 April lalu.