fbpx

Nak Tidur Lebih Lena, Kena Pilih Tilam Yang Tepat! Baru Syok

Anda pernah tak sukar nak tidur malam? Alih badan ke kanan tak kena, ke kiri pun tak kena, terlentang kan badan pun tak kena, haish semuanya serba tak kena lah. Kalau hari-hari macam ni, boleh stress jadinya!

 

Tidur tak cukup ni memang boleh mengundang. Mulalah nak mengamuk kat anak, suami, isteri. Hurm, siksa jiwa raga betul lah.

Mana taknya, kadang-kadang tu terjaga pada tengah malam dan keletihan selepas bangun dari tidur. Paling spoil bila anda mengalami simptom-simptom seperti sakit kepala, sakit bahu atau leher, dan juga perubahan mood.

Orang selalu cakap, tak boleh tidur ni disebabkan pengambilan kafein. Minum kopi jer mula lah mata tu membutang. Itu betul juga tapi, kalau anda nak tahu salah satu kesukaran untuk tidur pada waktu malam ni disebabkan pemilihan tilam. Penting juga tau!

Tips Pilih Tilam Yang Sempurna

Jadi, anda kena tahu apa tips pemilihan tilam yang bagus dan sempurna untuk anda. Haa..baca sampai habis okay!

1. Sesuai Untuk Badan

Maxiflex Legacy

Mungkin tak ramai yang ambil kisah tentang tilam yang sesuai dengan anda. Mesti main beli jer kan. Anda kena tahu tilam yang sesuai barulah boleh tidur lena. Bangun esok pagi pun tak ada lah sakit-sakit badan lagi!

2. Ada Sokongan

Maxiflex Duoflip

Sokongan ini bermaksud anda perlu mencari permukaan tilam yang dapat menolak ke belakang anda dan dapat merehatkan otot-otot anda semasa tidur.

Jadi anda kena cari tilam yang boleh menyokong badan anda tanpa tenggelam di pinggul serta boleh beri keselesaan dan kelegaan pada tulang belakang, lutut, pinggul dan juga kepala anda. Kali ini memang betul nyenyak lah tidur anda.

3. Selesa

Maxiflex Royal Crown

Sudah tentu anda perlu memilih tilam yang lebih selesa untuk digunakan. Nak pula kalau kita dah berusia, lagilah wajib pilih tilam yang selesa!

4. Bersih

Maxiflex Spinal Care

Kebersihan tilam sangat penting tau untuk tidur yang lebih lena. Jangan malas nak tukar cadar ke apa ya. Anda boleh jer gunakan antibacterial spray seperti Febreze untuk ‘matikan’ kuman di cadar atau pun katil anda!

Kalau anda nak tahu, bila tilam bersih ni dapatlah elakkan daripada debu, peluh, kulit mati dan kelemumur dan juga hama. Bila tilam dah bersih barulah tak menjejaskan kualiti tidur anda. Ye tak?

5. Tengok Bajet Dulu

Okay sebelum anda nak hentam membeli tilam, kena juga lah tahu bajet anda. Jangan sampai tak terbayar sudah. Cari tilam yang baik dan sesuai dengan bajet anda tu nanti.

Anda boleh jer beli masa tengah promosi. Macam yang Rozel Malaysia ada buat sekarang ni. Promosi tilam kaw-kaw diorang kasi sempena anniversary Rozel.

 

Diskaun sebanyak 30% OFF diberikan untuk semua jenis Maxiflex Mattress! Masa inilah anda kena grab tau. Ada 4 jenis tilam yang anda boleh pilih iaitu Royal Crown, Duoflip, Legacy dan juga Spinal care.

Dan yang paling best, kalau anda beli sekarang ini, ada hadiah lumayan yang bernilai sehingga RM3,240 dengan sebarang pembelian Maxiflex! (Mengikut terma dan syarat)

Ingat, kualiti yang baik tak semestinya mahal!

Ratu Gimnas Negara Pun Guna Maxiflex Mattress!

Kalau anda nak tahu, Rozel Malaysia adalah salah satu syarikat yang ada mengeluarkan tilam yang bagus dan berkualiti tinggi.

Tak mustahil lah Farah Ann, Ratu Gimnas Negara kita pun suka dengan tilam dari Rozel ni. Katanya ia dapat bagi support dan juga rehat yang cukup untuk badannya.

Jadi jangan ditunggu-tunggu lagi okay. Jangan lupa untuk klik LINK INI untuk dapatkan Maxiflex Mattress!

#RozelMY # RozelMaxiflex #contemporary #fusion #tailored #opulent #sculpted #architectural #traditional #luxurious #timeless #classic #essential #elegant #rozel #sofa #furniture #leather #livingroom