Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa berang apabila dituduh melakukan hubungan sulit dengan suami orang serta mengajak individu berkenaan untuk bersemuka.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shakilla memberitahu dia menjalani penggambaran di Terengganu serta mengajak individu berkenaan untuk bertemu bagi mendapatkan penjelasan tuduhan berkenaan.
BACA: “Tak Terkejut, Ameena Sakit Pun Takde Siapa Tanya Khabar” – Shakilla Khoriri
“Assalamualaikum sis. Esok (Khamis) saya akan ke Terengganu ada ‘shooting’ dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? Mahu dengar juga cerita saya yang (kononnya) awak lagi tak tahu. Alang-alang jom kita jumpa nak? Mahu dengar juga cerita saya yang (kononnya) awak lagi tak tahu,” katanya.
Bagaimanapun, individu tersebut sudah pun meminta maaf diatas tuduhan yang dibuat. Shakilla turut memaparkan mesej perbualan mereka di Instagram.
Dalam pada itu, Shakilla turut mengingatkan mereka di luar sana supaya tidak menulis sesuatu yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang.
“Minta maaf, saya terpaksa buat begini lagi (dedahkan). Kenapa? Tolong, berhati-hatilah ketika menulis, nak mengumpat, kutuk ke terpulanglah sebab di belakang orang, itu dosa kalian.
“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ada suami, ada anak. Saya sedih kenapa buat macam ni,” katanya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila tular foto Shakilla bersama seorang lelaki didakwa sudah berumah tangga dan mempunyai anak.