Nak Nikmati Promosi 50% Dari Grab? Guna Kod Rahsia Ini!

Kalau korang perasan buka jer mana-mana media sosial mesti akan ternampak promosi hebat dari Grab. Promosi kali pula bukan sikit-sikit, menjunam sampai 50%.

Jadi kali ni, kami nak korang layan habis promosi dari Grab dengan menggunakan kod rahsia ini. Jangan tak tahu, kalau korang nak lebih banyak potongan harga korang kena baca sampai habis. Sebab tak semua promosi akan sama kod rahsianya.

Bagi yang ingin buat kejutan berbentuk makanan buat pasangan korang. Korang boleh guna kod rahsia ni untuk GrabFood . Jangan tak tahu pula, Grab kali ni juga ada menyediakan last minute surprise.
Jadi korang tak ada alasan untuk buat kejutan kepada buah hati korang yang nun jauh di mata.

GrabFood kali ni menyediakan RM50% dengan pembelanjaan minimum RM25 dan diskaun telah dihadkan pada RM12.50 sahaja. Setiap pengguna akan mendapat 8x penebusan mata ganjaran dan korang boleh gunakan promosi ini setiap hari.

Bagi sekitar Klang Valley ini kod rahsia korang HOTDEALS. Pengguna setia Grab yang berada di sekitar Kota KInabalu,, Melaka, Ipoh, Negeri Sembilan, Bintulu, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Labuan dan Lahad Datu korang boleh gunakan koh rahsia ini HOTDEALSGF. Manakala kod HOTDEALS50 untuk di Kuantan, Alor Setar, Muar, Kuala Terengganu, Kedah, Kangar, Sungai Petani, Langkawi, Batu Pahat, Kota Bharu, Kluang, dan Kemaman.

GrabMart Pun Tak Nak Kalah, Ini Kodnya

Bagi yang terlalu sibuk dengan kerja korang tak perlu terkejar-kejar nak beli barang rumah. Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Guna ja khidmat GrabMart untuk minta rider belikan barang keperluan korang.

Untuk GrabMart diskaun sebanyak 50% akan diberikan tanpa perbelanjaan minimum. Tapi ingat! Promosi ini untuk item yang terpilih sahaja. Jadi korang kena pandai pilih barang untuk nikmati diskaun ini.

Beli Dengan GrabPay Lagi Jimat!

Kami yakin zaman sekarang mesti ramai yang dah tak membawa cash ke sana sini kan, maklumlah banyak aplikasi yang boleh bayar online, macam GrabPay ni.

Bagi promosi Grabpay, diskaun 30% (sehingga RM30) pembelian dalam talian, tanpa perbelanjaan min akan diberikan buat korang. Guna kod promo ini untuk pembelian dalam talian 30GRABPAYDEALS.

Manakala diskaun 30% (sehingga RM30) akan diberikan untuk pembelian di kedai, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100.

Korang perasan tak, promosi Grab kali ni boleh dikatakan setiap kategori ada promosi. Memang betul-betul berbaloi. Jangan tunggu lama-lama layari laman rasmi Grab untuk maklumat lanjut.

×