fbpx

Siapa je yang tak suka melancong kan? Berjalan-jalan dengan family ke, pasangan ke ataupun dengan BFF untuk hilangkan stress kerja.

Tapi tulah bila fikir part nak melancong ni sudah semestinya poket kena tebal, tak kan nak bawa duit cun-cun je. Bila dah sampai tempat orang tu of course rasa semua benda nak beli.

Itu belum cakap bab cari tiket flight murah lagi. Memang pening lah nak survey satu-satu. Harga pula beratus, ribu tu memang tak lari.

Tapi mulai hari ni dah tak perlu nak pening kepala, sebab kali ni kami nak payung travel hacks untuk korang dapatkan tiket flight murah! Paling penting berbaloi, baru seronok bercuti kali tu.

1. Clear Cache

Jika sebelum ini korang pernah layari banyak website booking tiket flight untuk survey harga, pastikan korang clear cache browser yang korang gunakan di phone ataupun laptop.

Ini cara untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila korang melayarinya buat kali kedua. Bukan apa, website penerbangan dapat track yang korang pernah buka website mereka sebelum ini.

2. Beli Tiket Pada Hari Rabu & Selasa

Salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight murah adalah pada hari Selasa dan Rabu. Kebanyakkan syarikat penerbangan biasanya mempunyai sistem tempahan di mana detail tentang tawaran tiket akan ditetapkan pada hari Selasa jam 7 malam.

3. One Way

Buat pembelian tiket secara one way juga salah satu trick untuk dapatkan harga tiket murah yang ramai tak tahu. Kalau korang beli tiket secara return, sudah pastinya syarikat penerbangan tersebut dapat tahu yang korang akan pulang dari percutian tersebut.

4. Beli Tiket Lebih Awal

Kebiasaannya, syarikat penerbangan akan menawarkan harga tiket flight yang lebih murah kalau korang tempah 6 bulan ke 12 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan.

5. Set Reminder Promosi

Ini cara paling mudah yang korang boleh cuba. Korang boleh cuba untuk subscribe newsletter syarikat penerbangan seperti AirAsia untuk setkan promosi yang ditawarkan.

Dengan cara ini korang boleh menjadi orang terawal yang dapat tahu mengenai promosi tiket yang bakal berlangsung dan yang sedang dilancarkan oleh syarikat tersebut.

Paling penting dapat jimatkan masa dan rancang percutian lebih awal.

Sebab korang baca sampai habis travel hacks ni kami nak payung tarikh-tarikh promosi tiket penerbangan oleh AirAsia. Berbaloi gila!

Mulai 5 hingga 11 Disember 2022 ini, AirAsia akan menawarkan promosi hebat dengan harga yang tak masuk akal kalau korang booking dalam tempoh tersebut.

Korang yang nak melancong ke Johor Bahru, Kuching, Langkawi, Nha Trang, Bali, Phuket atau mana-mana tempat sepanjang 3 Jan 2023 sehingga 30 Mar 2024 boleh buat tempahan untuk dapatkan tiket yang murah. Yang paling best siap dapat offer 21% untuk semua seat dan semua flight. Tak kan korang tak nak?

Tempat-tempat yang ditawarkan dalam pakej ni sesuai buat korang yang nak honeymoon atau sambut anniversary.

Yang lama dah merancang nak ke New Delhi, Seoul, Taipei, Osaka, Melbourne dan Auckland boleh buat tempahan sekarang. Korang jangan nak lepaskan peluang AirAsia’s 21st Birthday Sale ni okey. Kalau terlepas je menangis di bucu katil pun dah tak ada gunanya.

Ingat promo ini ada tarikh tamatnya. Jadi cepat-cepat download airasia Super App untuk booking tiket penerbangan mengikut tarikh yang korang free

Jadi apa tunggu lagi jom rancang perjalanan dengan AirAsia dan jangan lupa untuk ikut pelbagai promosi hebat AirAsia di laman rasmi AirAsia, Facebook, Instagram dan Twitter.