fbpx

“Nak Kata Sedih Dapat Tempat Ke-3, Maksudnya Saya Tak Bersyukur”

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa syukur meskipun menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung malam tadi.

Memetik Harian Metro, Aina berkata siapa pun yang dinobat sebagai juara semalam dia turut tumpang gembira. Katanya setiap lagu yang bertanding ada kekuatan tersendiri.

BACA: Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam

“Tahun ini, kita dapat melihat penyertaan dari pelbagai genre muzik. Jadi, kalau saya cakap saya sedih kerana dapat tempat ketiga, maksudnya saya tak bersyukur dan itu sudah berlawanan dengan tujuan utama, kenapa saya menulis lagu.

“Semua lagu ada kelebihan masing-masing dan tak sepatutnya dipertandingkan. Air lagu semuanya berbeza. Siapa pun yang menang, saya akan tumpang gembira,” katanya.

Sementara itu, Aina mengakui dia juga merupakan peminat lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari itu dan dia juga akan mengatakan lagu tersebut yang akan menjuarai AJL38.

“Saya adalah peminat lagu Hasrat. Bila orang tanya, lagu apa yang akan menjuarai AJL38, saya akan jawab Hasrat.

“Walaupun saya adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, tapi jiwa saya sebenarnya seperti lagu-lagu Amir. Cara saya menulis lagu pun bermula dengan gitar sebab saya suka lagu sebegini,” katanya.

Semalam Aina bukan saja pemenang tempat ketiga malah turut memenangi kategori Vokal Terbaik serta kategori Pilihan Alha Alfa.