Hari ini mahkamah membenarkan pelakon Hafidz Roshdi mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei depan.

Sementara itu, bekas isterinya iaitu Shuhada Shukri membuka mulut mengenai perkara itu serta meminta Hafidz untuk datang ke Australia jika mahu berjumpa dengan anak-anak mereka.

BACA: Kongsi Gambar Dengan Jejaka Sado, Shuhada Dah Jumpa Pengganti?

“Dia punya twist tu, macam orang tiada ilmu, cakap berbelit, interim dekat responden pertama, aku lah orang responden pertama. Dah la hak raya ke apa semua tak dapat, sembang kari apa entah. Anak-anak sekolah dekat Australia, cuti sekolah sini la. Nak jumpa (anak) sila datang sini,” katanya.

Tidak hanya itu sahaja, Shuhada turut mempersoalkan tindakan Hafidz yang didakwa telah menghantar notis tuntutan (LOD) serta meminta agar aktor berkenaan melunaskan segala tanggungjawab terhadap anak-anak termasuk duit nafkah.

“Tiba-tiba hari ni dapat LOD fitnah. Dari kau hantar LOD segala bagai baik kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak, duit nafkah satu sen tak bagi.

“Kau tunjuk kau tu bapa yang bertanggungjawab sikit, aku diam kau jangan bagi aku menyalak pula. Kang aku jadi Cik Epal juga kang. Jangan bagi aku mula.

“Dah kalah tu kalah la, acah-acah Nurul Shuhada kena balik Malaysia bawa anak-anak jumpa kau. Kau tu datang sini nak jumpa anak-anak. Perintah mahkamah kan? Kalau nak jumpa? Eh nak cover malu pun jangan la sampai twisted facts,” katanya.

×