fbpx

Nak Jaga Hati Suami, Ayda Jebat Enggan Berlakon Dengan Redza Rosli

Selepas mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata, jarang kita lihat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat muncul di kaca televisyen kerana lebih fokus kepada bidang nyanyian.

Baru-baru ini memetik Melodi, Ayda memberitahu dia enggan untuk bergandingan dengan aktor Redza Rosli jika diberi peluang pada masa akan datang.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak 12 Hari Untuk Urusan Kerja

Menurut Ayda, dia bukan bersikap tidak profesional sebaliknya lebih menjaga status dirinya yang bergelar isteri dan menantu.

@melodiberapi

Ditanya jika ada Pengarah nak Ayda Jebat berlakon dengan Redza Rosli.. ini jawapan ayda jebat.. #meloditv3 #fyp? #panas #panas #sensasi #kontroversi #ceritahariini

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Bukan sebab tak profesional… Ada orang yang boleh. Tapi kena hormat dia juga. Sebab saya ada suami dan keluarga untuk dijaga hatinya,” katanya.

Tambah Ayda lagi, sama juga seperti suaminya, Nabil Mahir yang tidak akan bergandingan dengan selebriti yang mempunyai kisah lama dengannya.

“Sama juga dengan Nabil, kalau dia perlu bekerjasama dengan bekas kekasih, kita berdua dah berbincang. Rasanya tak perlulah. Kalau tak ada, mungkin inilah rezeki ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata keputusan enggan untuk bergandingan dengan individu yang mempunyai kisah lama juga untuk mengelakkan fitnah serta rasa kurang selesa.

“Rasa kurang selesa. Apa mereka (keluarga, suami) akan fikir. Contohnya, kita berdua makan di set penggambaran tapi tak ada apa-apa pun. Haa, jadilah pula isu ini. Untuk elakkan benda-benda ini, lebih baiklah kita elakkan bekerjasama,” katanya.