Pendakwah selebriti, Da’i Syed berkata dia hanya sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail selama 16 hari sebelum dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.
Menurut Syed, dia merancang untuk mencukur rambut anaknya itu pada tiga minggu lalu, sebaliknya dia pula yang dibotakkan.
BACA: “Saya Nak Habiskan Masa Bersama Suami & Anak Selagi Boleh” – Hana Ismail
“Pada hari Jumaat itu (sebelum dipenjara) saya memang ada berniat nak cukur rambut anak saya. Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu, saya pula yang dibotakkan,” katanya.
Sementara itu, Syed berkata apa yang berlaku kepadanya itu memberi kesan terhadap kerjayanya dan nekad untuk bangkit semula selepas ini.
“Saya akan cuba bangunkan semula kerjaya saya dan lakukan apa yang boleh seperti berniaga untuk menyara keluarga,” katanya.
Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan semula tarikh pengurusan kes pada 5 November depan atas dakwaan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, pada tahun 2020.
SUMBER: Kosmo