Sukan bukan sahaja sekadar aktiviti untuk kekal cergas, tetapi juga merupakan platform untuk menyatukan rakyat dan meningkatkan imej negara di mata dunia. Selaras dengan hasrat untuk merakyatkan sukan melalui pendekatan whole-of-nation, Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah menyediakan beberapa dana penting untuk tahun 2025. Dana-dana ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan, membudayakan gaya hidup aktif, dan memacu industri sukan negara.

Tiga Dana Sukan Untuk 2025: Apa Yang Baru?

Tahun 2025 bakal jadi tahun yang penting untuk dunia sukan Malaysia. Kerajaan memperkenalkan tiga dana utama untuk membantu membangunkan prestasi sukan dan mempromosikan gaya hidup cergas dalam kalangan rakyat. Dana-dana ni bukan setakat untuk sukan elit je, tapi juga untuk komuniti, kelab sukan, dan pertubuhan-pertubuhan yang nak bawa sukan lebih dekat dengan rakyat.

Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) adalah tiga dana yang diperkenalkan, dan ya, dana ni memang ada impak besar untuk masa depan sukan negara!

Yang menariknya, KBS dah tambahbaik mekanisme permohonan berdasarkan sambutan positif yang diterima tahun lepas. Tahun 2025 ni, 103 jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 akan mendapat manfaat daripada dana ini! Dari sukan bola sepak hingga ke sukan ekstrem, peluang ni untuk semua yang bersemangat nak bawa sukan ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pelaksanaan ketiga-tiga dana ini diharap dapat memberi impak positif kepada budaya sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa sokongan yang diberikan kepada kelab-kelab sukan dan pertubuhan sukan tempatan akan membantu dalam memperbaiki prestasi atlet negara.

“Dengan dana ini, kita berhasrat untuk mencipta lebih banyak peluang bagi rakyat Malaysia terlibat dalam sukan, yang bukan sahaja meningkatkan kesihatan tetapi juga menyatukan masyarakat,” jelas beliau.

Apa yang menarik, dana-dana ni bukan hanya soal wang. Ia adalah peluang untuk mengubah cara kita melihat sukan di Malaysia. Dari membina komuniti yang lebih aktif sehingga melahirkan atlet bertaraf dunia, semuanya bermula dengan sokongan dan komitmen kita semua!

Jadi, jika anda adalah sebahagian daripada kelab sukan atau pertubuhan yang berpotensi untuk berkembang, mungkin ini adalah masa yang tepat untuk mengambil peluang ini. Siapa tahu, atlet Malaysia yang berjaya di masa hadapan mungkin berasal dari komuniti sukan yang ada di sekitar kita. Mari bersama-sama menjayakan impian sukan negara!