fbpx

“Nak Berubah Jadi Baik, Kena Perli Dengan Kenalan”

Kini dilihat semakin mendekatkan diri untuk mendalami agama selepas mendirikan rumah tangga dengan Zizi Kirana, pelakon Yusuf Bahrin berkata dia tidak mahu memikirkan pendapat orang sekeliling.

Yusuf turut menyifatkan segala pandangan negatif dan kata-kata sindiran kepadanya dari sudut positif serta mengatakan ia mungkin sebahagian daripada ujian.

BACA: Hormat Isteri, Yusuf Bahrin Elak Sentuh Pelakon Wanita

“Nak belajar jadi baik tapi kena perli dengan orang yang kita kenal itu ujian. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Doakan orang yang perli itu jadi lebih baik daripada kita masa akan datang. Hidayah milik Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf berkata sebagai hamba jahil, dia tidak kisah dicela sesama manusia andai mendapat reda Ilahi.

“Biarlah tak baik di mata manusia, asalkan baik di sisi Allah. Apatah lagi kita ini hamba yang jahil dan lemah, lagilah akan dicela sesama manusia,” luahnya.

Terdahulu, Yusuf mendirikan rumah tangga dengan Zizi pada 19 September di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.