fbpx

Nak Bersuara Boleh, Tapi Janganlah Berbohong!

Bercakap, posting, share, komen dalam media sosial ni memang mudah saja sekarang ni. Guna hujung jari pun boleh! Senang-senang saja nak dapatkan sesuatu info itu. Tapi pernah tak anda terfikir apa yang anda share, post ataupun komen tu betul atau tak? Sahih ke tak?

Eh! “Itu kan media social kami, kami berhak bersuara lah,” kata Si Timah…“Yes! Itu media sosial kami, biarlah kami nak kongsi atau post sebarang info pun!”, backup Si Ana. Chuppp…chuppp!!! Hold kejap kat sini! Kita refresh semula, back to basic. Fikir dulu sebelum bertindak.

Kami pasti ramai antara anda ni suka ‘menghadap’ telefon untuk update media sosial masing-masing kan? Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan banyak lagi lah media social. Kadang-kadang busy tu mengalahkan Perdana Menteri!

Tapi, ada satu masalah yang anda selalu buat. Nak tahu apa? Anda berbohong dalam menyampaikan info tersebut. Sengaja ‘create’ cerita palsu kononnya nak berita yang anda buat tu viral. Sedangkan ianya sangat salah.

Ya benar, memang setiap orang ada kekebasan untuk bersuara tapi jangan sampai berbohong dalam menyampaikan maklumat itu. Luahkan berdasarkan fakta dan bukannya mereka cerita sendiri. Kadang-kadang tu sengaja menambah-nambah info salah pada maklumat tersebut. Kan salah tindakan tu!

Jangan BERBOHONG!


Gais, benda kecil boleh jadi sangat ‘tenat’ kalau anda berbohong dengan info yang anda nak sampaikan pada kawan-kawan atau pun orang lain. Lagi tragik, bila ada pula kawan-kawan yang lain share pula info salah tu. Berantai-rantai jadinya. Aduh! Sebabkan ni lah ramai orang yang panik bila dapat info salah.

Apa manfaatnya bila anda berbohong? Tak ada satu pun faedahnya. Kalau benda ni jadi serius, anda juga yang terpaksa meringkuk dalam penjara tau. Ini bukan benda main-main.

Kalau anda nak tahu, ada individu yang ditangkap pihak berkuasa disebabkan pembohongan yang dia ‘create’ hingga membuatkan orang ramai panik disebabkan info salah dia tu.

Jadi anda hati-hati okay. Yes, anda bebas bersuara tapi jangan berbohong. Perkara ini adalah sangat salah. Anda kena lebih sensitif dengan setiap isu yang berlaku.

Contohya isu Coronavirus yang melanda negara kita ni. Jangan nak tokok tambah info hingga menyebabkan isu menjadi lebih serius dan membuatkan orang ramai bimbang dan takut!

Hentikan pembohongan kerana pembohongan inilah yang boleh musnahkan hidup anda. Anda boleh didakwa atas kesalahan yang dilakukan. Sepatutnya beri pandangan anda tanpa menyebarkan kebencian kepada orang lain okay.

Sentiasa Berjaga-jaga


AWAS! Anda juga perlu sentiasa berjaga-jaga bila nak komen di mana-mana media sosial ataupun di beberapa platform yang lain. Kerana setiap posting dan komen yang anda buat boleh mengundang salah faham kepada netizen-netizen lain yang memerhati.

Satu lagi, kalau anda dapat sesuatu info jangan sewenang-wenangnya percaya dengan info tersebut sebelum sebarkan pada orang lain. ‘Check’ dulu info yang anda dapat tu di platform yang benar dan boleh dipercayai seperti media utama, blogger seperti Rotikaya, Soya Cincau, Says, Rojaklah dan banyak lagi.

Satu portal yang mudah untuk anda semak kesahihan info adalah di sebenarnya.my. Portal ini diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu anda menyemak kesahihan info di samping mengekang penularan berita palsu.

Jadi Individu Lebih Bertanggungjawab

Kadang-kadang kita lupa dan alpa bila bercakap atau pun nak buat posting tentang sesuatu isu di media social. Hinggakan apa yang kita sampaikan itu adalah salah dan sama sekali tidak boleh diterima.

Anda kena sentiasa beringat sebelum mahu kongsikan atau ‘create’ sesuatu info. Anda juga perlu jadi individu yang bijak menilai tentang penyebaran sesuatu info itu. Jangan main serkap jarang saja tau. Pastikan dulu info yang anda baca itu betul sebelum nak share dan sebarkan pada orang lain.


Jangan memandai-mandai, seronok nak ‘create’ pembohongan di setiap info yang anda nak sampaikan itu. ‘It’s totally wrong!’

Cuba anda bayangkan hidup di sebalik tirai besi gara-gara sikap tidak bertanggungjawab anda itu. Kesian dengan mak ayah dan famili anda yang terpaksa tanggung malu yang berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab anda itu.

Jangan musnahkan masa depan dan hidup anda gara-gara ‘create’ pembohongan dalam sesuatu info. Seeloknya beri pandangan yang baik tanpa sebarkan info salah dan kebencian pada orang lain.


Ingat! Sekiranya anda menerima sebarang info yang belum diketahui kesahihannya, rujuk kepada platform-platform utama yang boleh dipercayai seperti kami sebutkan tadi di atas. Sekiranya ia palsu, laporkannya terus di sebenarnya.my.

Jom! Kita jadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.