Tahun ni sekali lagi tak boleh balik raya di kampung. Nak menangis rasa tak dapat kumpul ramai-ramai macam dulu lagi. Semua ni sebab COVID-19. Dah lah rindu kampung ni! Hmmm, nampaknya tinggal harapan jer lah.
Tapi mujurlah dapat juga nikmati suasana kampung di Sunway Velocity Mall yang bertemakan Ikatan Mesra Raya ni. Dekorasi di Sunway Velocity ni betul-betul mengundang tahu tak. Dengan adanya sampan, air laut, gerai kecil sebiji macam kat kampung lah.
Bila korang tengok jer suasana di Sunway Velocity Mall ni confirm teringat kampung. Tapi part yang paling best di Jeti Pulau Velocity ni dia ada macam-macam yang boleh buatkan korang santai jer lepak di sini nanti.
Dengan adanya gerai aksesori kecil yang terdiri daripada gerai My Hijab untuk korang pilih baju raya mengikut tema. Lepas tu, ada gerai makanan ringan macam myEureka Snack dan Mayuri Ipoh Murukku.
Tak lupa juga gerai yang korang boleh rakam moment raya nanti dengan telefon pintar iaitu gerai Maxis. Di sini, macam-macam jenis telefon ada. Cakap jer bajet korang berapa, confirm ada punya.
Sambil OOTD Tu Jangan Lupa Rebut Hadiah Ni
Sunway Velocity Mall kali ini membawa tema Ikatan Mesra Raya memberi peluang kepada korang untuk beraya sakan di Sunway Velocity Mall.
Bila korang terjah Sunway Velocity ni sudah tentulah korang nak shopping raya kan? Jadi resit shopping raya tu korang jangan buang sebabnya nanti ada Ikatan Mesra Raya Redemption .
Kat sini korang boleh tebus hadiah korang bermula 16 April hingga 16 May 2021 sahaja.
Kalau korang membeli sepanjang kempen berlangsung, boleh lah korang dapat hadiah yang hebat-hebat. Antaranya:
Tahap 1: Jika korang belanja sebanyak RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* untuk menebus baucar tunai F&B RM10 dan pakej set raya.
Tahap 2: Belanjakan sebanyak RM400 (RM300 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* korang akan dapat pouch raya upcycled edisi terhad dengan pakej set raya dan baucar tunai F&B RM10.
Tahap 3: Berbelanja sebanyak RM600 (RM500 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 4 resit* boleh menebus Ikatan Mesra Plate Set dan berpeluang memutar roda apabila anda mengumpulkan 300 mata Sunway Pals.
Paling menarik, part Spin The Wheel ni korang boleh putar roda impian yang ada di Sunway Velocity Mall dan berpeluang memenangi baucer RM50 dari Hoop Station’s Simple Life’s mugs dan baucer RM10.
Ha! Sebelum kami terlupa hadiah bonus pun ada tau untuk yang berjaya kumpul mata Sunway Pals sebanyak 100 mata. Korang boleh dapat nikmati secara PERCUMA popcorn yang paling sedap. Ingat! Hadiah bonus ni terhad untuk 500 orang sahaja. Jadi nak makan free kena cepat-cepat kumpul mata.
Bukan tu jer, kalau korang nak lagi hadiah yang best, jangan lupa sign up aplikasi Pals For Life by Sunway sekarang. Ada banyak hadiah yang menanti korang nanti.
Best kan? Walaupun tak dapat beraya di kampung, dapat juga beraya di Jeti Pulau Velocity ni. Siap dapat banyak hadiah lagi.
Alang-Alang Tu Boleh Buka Puasa Sekali
Bukan hadiah jer yang boleh bawa balik. Perut korang juga akan selesa jer bila korang berbuka di Sunway Velocity Mall nanti. Sebabnya di sana ada pelbagai juadah berbuka yang sedap-sedap.
Korang boleh atur kedai nak makan di mana. Antara kedai yang sediakan menu berbuka adalah Duboyo, Seoul Garden Hot Pot, Chilli’s Grill & Bar, The Manhattan Fish Market, 4 Fingers, dan banyak lagi la. Pilih jer nak ikut tekak Korea ke, Melayu ke semua ada di Sunway Velocity Mall.
Sunway Velocity Mall dengan Quaker Oats mengadakan program amal dengan mengadakan pengagihan bubur lambuk dan biskut buat geng-geng rider penghantar makanan buat bulan Ramadan ini.
Senang cerita di Sunway Velocity Mall ni macam-macam ada. Dari makanan sehingga lah ke pakaian, paling penting siap dapat hadiah lagi. Memang ni lah part yang ditunggu-tunggu.
Bab balik raya di kampung tu pasrah jer lah, memandangkan kes pun meningkat setiap hari. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut pasal acara yang ada di Sunway Velocity Mall ni jangan lupa layari laman rasmi ini.