fbpx

Nafi Diculik Keluarga, Nynaa Harizal Fail Cerai

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Nynna Harizal apabila suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas mendakwa isterinya itu dilarikan oleh ibu bapa mentuanya.

Menafikan dakwaan diculik oleh kedua ibu-bapanya, Nynaa berkata dia berada dalam keadaan selamat dibawah jagaan keluarganya sejak 2 November lalu. Kata Nynaa lagi, dakwaan dia diculik

BACA: Suami Nynaa Harizal Fail Permohonan Supaya Isteri Kembali Taat

“Selama ini saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap semua berita demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan.

“Sejak 2 November 2021, pada setiap masa saya berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya. Untuk mengatakan bahawa kedua ibu bapa saya telah menculik saya atau memaksa saya adalah suatu telahan yang tidak tepat,” katanya

Pelakon itu juga turut memfailkan cerai kepada suaminya pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru. Pagi tadi, Nynaa hadir bersama peguamnya bagi sebutan kes.

Bagaimanapun, prosiding hari ini berlangsung tanpa kehadiran suaminya. Enggan mengulas mengenai punca perpisahan, Nynaa berharap suaminya terbuka hati untuk melepaskannya secara baik.

“Doa saya agar suami akan dapat melepaskan saya dari ikatan perkahwinan ini dengan baik tanpa perlu saya meneruskan proses perundangan yang lain.

“Saya membuka ruang untuk perbincangan dengan suami dan telah dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada Jumaat lalu,” katanya.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. Terdahulu, suamunya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang kepangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar tanpa kebenaran.