fbpx

Nafas Tercungap-Cungap, Elfira Loy Dah Tak Larat Kemas Rumah

Sedang sarat hamil anak kedua dan bakal bersalin tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy mendedahkan dia tidak larat lagi untuk mengemas rumah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Elfira berkata apabila melakukan sebarang pekerjaan, pernafasannya mula tercungap dan memerlukan rehat yang lama supaya pernafasannya kembali normal.

BACA: Mengidam Nak Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam

“Saya nak kemas rumah sebenarnya. Tapi saya perasan sekarang dah tak larat (bukan badan tak larat) Tapi nafas tercungap-cungap. Buat kerja sikit je kena rehat tu lama nak kasi nafas tu kembali kepada normal,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elfira juga memaklumkan dia kini mula kerap rasa loya walaupun sudah berada di fasa ketiga trimester. Elfira turut meluahkan rasa tertekan kerana barang keperluan untuk bersalin belum dikemas lagi.

“Lepas tu sekarang ada rasa nak muntah. Awal-awal tak loya, dah trimester ketiga barulah nak muntah-muntah. Saya fikir sebab bayi dah banyak bergerak. Perut pun dah besar. Jadi nak pengsan.

“Pastu ‘packing’ lah, ‘makeover’ lah semua tak siap lagi!! Tulah saya nak buat awal-awal, orang kata terlalu awal ‘chill’ lah. Hah sekarang, saya nak suruh orang tu kemaskan semua untuk saya. Stress,” luahnya.

Terdahulu, Elfira meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan anak perempuan. Ujarnya lagi, sejak Rayyan dilahirkan, dia berdoa agar dikurniakan zuriat perempuan.