fbpx

Nadia Brian Tak Serik, Teringin Kahwin Lagi

Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian ada memuat naik beberapa keping gambar bersama Zizan Razak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mahu mereka bercinta.

Bagaimanapun, Nadia berkata dia selesa berkawan dengan Zizan memandangkan mereka sudah lama kenal sejak tahun 2016 lagi.

BACA: Nadia Brian Tak Tolak Jodoh Dengan Zizan Razak

“Zizan adalah seorang kawan yang baik, dia juga ada mesej tanya khabar… dia kenal keluarga dan nenek saya.

“Tapi dia memang sangat kelakar. Tapi kalau cakap soal jodoh tu, buat masa ini saya nak fokus kepada keluarga dan kerja dulu,” katanya.

Ditanya adakah dia trauma untuk berkahwin lagi selepas ini, Nadia berkata dia tidak menolak malah mahu menimang cahaya mata sendiri.

“Saya suka baby, saya buka budak-budak. Saya tak ada hadkan umur, kalau ada jodoh doakan yang baik-baik, nak ada baby yang comel-comel!” katanya.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu pada 2 April lalu.