Nadia Brian Bengang Imej Seksi Lebih Jadi Perhatian Berbanding Kerjaya

Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa tidak puas hati apabila imej seksinya sering menjadi perhatian sehinggakan dijadikan tajuk sesebuah artikel hiburan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nadia meluahkan rasa terkilan kerana imejnya lebih diberi perhatian berbanding kerja kerasnya selama ini untuk membina nama sebagai pelakon.

BACA: Nadia Brian Pakai Dress Seksi Ke Majlis Kahwin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita? Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nadia turut menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang menyokongnya selama ini serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik.

“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” tulisnya.

Perkongsian Nadia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon itu serta mengatakan akan terus menyokong kerjaya seninya.