fbpx

Nadhir Nasar Dedah Pandai Berenang, Ramai Gadis ‘Sanggup’ Lemas

Sebut saja nama Nadhir Nasar, pelakon berusia 27 tahun itu antara bakat muda yang berbakat dan menjadi kegilaan ramai gadis.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman X, Nadhir ada berkongsikan sedikit trivia berkenaan dirinya. Difahamkan, posting tersebut mengikut trend dilakukan pengguna X yang lain.

BACA: Ramai Wanita Tak Keruan Tengok Meerqeen & Nadhir Nasar Terlalu Hensem

Menerusi ciapan itu, Nashir berkongsikan dia kuat makan nasi kandar, sukakan teh ais serta pandai berenang. Ciapan Nashir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminat wanita. 

Lebih menghiburkan ada peminat berseloroh mengatakan mereka pandai membuat teh ais yang sedap serta sanggup lemas demi pelakon tersebut.

Untuk rekod, Nadhir merupakan juara program Hero Remaja 2020. Pelakon itu mencipta nama menerusi beberapa drama siri i-Tanggang, Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council.