Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pasangan selebriti Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail. Namun, baru-baru ini, nama pasangan itu menjadi bualan apabila ada individu berkongsikan di Threads.
Dalam hantaran berkenaan, Nad dan Ungku dipuji pasangan artis bijak selepas mencipta aplikasi untuk kanak-kanak seawal lima tahun.
BACA: “Apa Saya Buat Ini Atas Kemampuan Saya” – Nad Zainal Ada Sebab Hantar Anak Sekolah Kerajaan
Perkongsian itu turut memaparkan sesi siaran langsung Nad mempromosikan aplikasi berkenaan yang dikenali sebagai ‘Power Congkak’.
Difahamkan, applikasi tersebut merangkumi latihan subjek matematik yang direka khas buat kanak-kanak yang mahu meningkatkan kemahiran mengira.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif pasangan tersebut serta ada yang mengatakan mereka yang bergelar ibu juga turut teruja untuk menggunakan aplikasi berkenaan.