fbpx

Nyanyian terkucil Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) masih lagi hangat diperkatakan ramai. Namun, rata-rata rakan artis tampil memberikan semangat buat penyanyi itu.

Termasuklah, penyanyi Datin Alyah yang simpati dengan apa yang berlaku namun memuji keberanian Nabila untuk bertanding meskipun serba kekurangan.

BACA: Tak Terkucil Masa Rehearsal, Ramai Puji Nyanyian Nabila Razali

“Terpanggil untuk berckp tentang adik kita yang lawa dan peramah ni.(banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu)

“Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik. Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang tu yang harus kita lihat. Tapi keberaniannya turun kemedan perang itu yang harus dipandang,” katanya.

Dalam pada itu, Alyah turut meluahkan rasa kesal dan berpendapat pihak yang membenarkan penyanyi itu bertanding sepatutnya lebih peka.

“Cuma nak tanya je? Siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza dipentas yang sama,” katanya.