Penyanyi Nabila Razali mengakui janggal apabila disapa dengan gelaran puan oleh orang ramai selepas sah bergelar isteri.
Memetik mStar Online, Nabila berkata momen tersebut berlaku ketika menerima undangan membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini.
BACA: Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali
“Bila saya dipanggil puan, pada mulanya agak terkejut. Saya tanya kembali kenapa panggil puan? Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila mendedahkan tiada lagi peminat menegurnya dengan panggilan cumi-cumi (mini love) sebagaimana selalu.
“Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi. Tapil bila saya kahwin tidak lagi tegur seperti itu. Mereka pun rasa segan nak tegur saya,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kehidupannya sebagai isteri, Nabila berkata dia belum berkesempatan untuk memasak buat suaminya, Nik Iruwan berikutan jadual kerja yang sibuk. Katanya, dia tidak sabar untuk memasak sambal jawa sebagai menu pertama buat suami tercinta.
“Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tak sabar untuk masaknya kepada suami. Itu menu pertama yang saya ingin masak buat suami,” katanya.