fbpx

Nabila Huda Mengamuk Isu Akaun Facebook Palsu

Pelakon Nabila Huda baru-baru ini berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab kerana menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan melalui akaun Facebook.

BACA: Nabila Huda Ketepikan Kontroversi Dan Bersyukur Bakat Dihargai

Nabila-Mengamuk-Akaun-Facebook-Palsu---ROTIKAYA20150226_0734

Malah apa yang lebih teruk lagi, individu tersebut turut memperdaya orang lain untuk melakukan transaksi ke dalam akaun simpanannya.

Tidak mahu perkara tersebut semakin teruk, Nabila telah memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya agar orang lain tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

“This both facebook account adalah Fake!!!!!! Korang jangan tertipu. Especially yang the right one. Yang belah kanan tu memang melampau sebab saya dengar dia ada message some of my fans MINTAK DUIT mintak simpati peminat dan ada yang dah bank in!!!”

“Serious ah dah la fake acc nak curi gambar from instagram. Status yang dok update pun ikut suka hati dia je! Tolong jangan tertipu! Saya akan amik tindakan soon. Please spread the news okay”

“For your information saya memang takde admin untuk fanpage on facebook. Saya ada satu saja fanpage yang adminnya adalah saya. I’ll post it later. PLEASE REPOST,” tegasnya di Instagram.

Kami rasa, lebih cepat Nabila ambil tindakan lebih bagus kerana risau perkara sebegini akan memburukkan lagi namanya sendiri. Kepada peminat setia Nabila pula, jangan terpedaya pula ya. (rtky/syfq)