Selepas beberapa hari berkongsikan perkembangan kucing kesayangannya yang sakit, pelakon Nabila Huda memaklumkan Aoki sudah pun pergi pagi tadi.
Sebelum ini, kucing kesayangan Nabila yang terlantar sakit akibat penyakit buah pinggang tahap 4 sudah beberapa hari bertarung nyawa dan dijaga rapi oleh pelakon itu.
BACA: “Leona Bijak, Bukan Budak Bimbo” – Nabila Huda
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila berkongsikan keadaan Aoki yang sangat lemah sehingga tidak berhenti meluarkan darah dari mulut sekaligus membuatkan pelakon itu menangis teresak-esak.
Nabila turut berkongsikan video mengebumikan Aoki di halaman rumah mereka serta mengucapkan selamat tinggal buat hiawan kesayannganya itu yang sudah dipelihara sejak 15 tahun lalu.