fbpx

Nabila Huda: Johan As’ari Sekadar Kawan Baik, Niat Mahu Tambah Anak

Nabila Huda: Johan As'ari Sekadar Kawan Baik, Niat Mahu Tambah AnakBukan pertama kali rasanya ayat sekadar berkawan ini keluar dari mulut Nabila Huda apabila di’minta mengeluarkan komen tentang hubungan beliau bersama Johan As’ari.

“Saya banyak menasihati Johan (As’ari) dalam bab berpakaian, berkawan & kehidupan dan kami tidak’lah sampai ke tahap bercinta seperti yang di’dakwa,” ujar Nabila Huda.

Menurut beliau lagi, Johan As’ari sendiri di’rasakan masih belum bersedia untuk berkahwin dan masih banyak yang perlu di’pelajari lantaran usia yang masih muda.

Nabila Huda yang kini membintangi drama bersiri baru, Julia di TV3 ini turut berkata yang beliau tidak serik untuk berkahwin lagi kerana mempunyai niat untuk menambah zuriat.

“Anak saya Keisha kini sudah pun berusia 2 tahun setengah & saya memang mahu menambah anak tetapi masalahnya saya belum berjumpa lelaki yang sesuai untuk saya”

Kalau anda perasan, Nabila Huda sebenarnya juga telah terjebak dengan aktiviti kembara seperti Maya Karin dan baru sahaja pulang dari bercuti di Tanzania.

“Saya mahu travel puas puas dulu sebelum berkahwin,” kata Nabila Huda yang telah pun memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Jamaica, Itali pada Disember nanti, Thailand, Kemboja & Laos.