Nabila Huda Dituduh Pencuri Budaya Indonesia, Netizen Ugut Nak Culik Anak
Pelakon Nabila Huda mendedahkan dia menerima ugutan daripada seorang individu dipercayai warga Indonesia selepas mendakwa dia mencuri budaya negara Indonesia.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, lebih mengejutkan individu itu turut mengugut mahu menculik anak perempuannya, Keisha Laila.
BACA: Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Tapi Kena Block
Ciapan individu itu dimuat naik semula oleh Nabila yang turut meminta netizen memberi respon terhadap ugutan dibuat individu berkenaan.
Bagaimanapun, akaun individu itu telah pun ditukar ke mod privasi mungkin bagi mengelak daripada diserang oleh netizen lain.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen meminta Nabila membuat laporan polis demi kelematannya dan keluarga kerana individu tersebut membuat ugutan jenayah.
ginilah pemikiran Bim_16 @ BudakIngusanMereng!.. Nabila Huda itu Pelakon Terbaik Asia @ Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28! A professional @ success actress like her always has a outstanding performing of any WORLD cultural heritage!
“Darah yg mengalir didlm tubuhnya adalah darah keturunan “Kabare.. wes mangan.. Almarhum emak ku berketurunan Jawa dn Arwah ayah ku berketurunan Bugis.. agakareba pok? di kalangan kwn2 ayah panggil ayah wak Daeng. Kwn2 kalau jumpa aku dorng akn tnya kau ni anak wak daeng kan? Aku senyum jer. Arwah atok dn nenek ku sblh emak berasal dri Jogjakarta dn berhijrah ke Parit Lubok, Semerah, Batu Pahat, Johor,” tulis Amy Search di akaun FB.