Nampaknya pengacara Nabil Ahmad sekali lagi dikecam apabila menggunakan fizikal sebagai bahan gurauan ketika di konsert All All Star Gegar Vaganza (GV10) malam tadi.
Difahamkan, ketika konsert minggu ke-6 itu, Nabil bergurau kasar dengan mempersendakan wajah rakan pengacaranya dengan menyentuh soal rupa paras Jihan Muse.
BACA: “Tiada Paksaan Untuk Tonton Rancangan Yang Ada Saya”
“Pernah tak ada lelaki yang luahkan dia crush pada kau? Mestilah tidak sebab muka kau macam mana pula,” katanya.
Susulan tindakan Nabil itu, netizen menyifatkan pengacara itu seolah tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Malah, ada yang menegur konsert berkenaan ditonton oleh umum dan bimbang menjadi ikutan.
Dalam pada itu, ada yang mengingatkan Nabil supaya menjaga tutur kata serta mengaitkan pengacara itu dikatakan pergi mengikuti tabligh.
“Kalau pun Jihan cakap dia ok sahaja dengan gurauan Nabil tapi tak elok untuk tontonan umum. Takut-takut jadi ikutan budak-budak, bergurau membahan fizikal orang lain,” komen netizen.
“Secara jujur tak beretika, cubalah orang lain kutuk kau Nabil. Bukan nak bela sesiapa, tapi beretika. Dengar kau pergi bertabligh tapi jagalah mulut tu,” tulis seorang lagi netizen.
Terdahulu, Nabil berkata dia akan tetap menjadi dirinya sendiri ketika mengacarakan rancangan All Stars Gegar Vaganza.