Rumah sudah siap bocor, pahat masih berbunyi bak kata orang orang tua.

Kisah perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza kami pasti tidak akan berakhir dengan begitu sahaja.


Salah satu kontroversi yang timbul sebelum majlis perkahwinan bermula adalah niat Muzium Negara untuk pamerkan persalinan pengantin ini.

Peminat hiburan rata rata menentang niat Muzium Negara ini yang mereka anggap sebagai mencabul matlamat asal lokasi yang penuh dengan artifak bersejarah negara itu.

Namun hari ini, Muzium Negara bersuara menjawab segala persoalan bermula dengan menjelaskan pameran persalinan itu bukan kerana ia’nya milik Norman Hakim & Memey Suhaiza.



Jabatan Muzium Negara (JMM) akan menganjurkan Pameran Khas Busana Perkahwinan Selebriti & Tokoh Terkemuka bermula 25 November sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah JMM berkata kepada Sinar Harian hari ini, “Ramai yang anggap JMM cuba naikkan Norman & Memey sedangkan fokus utama adalah memperkenalkan budaya melalui pakaian pengantin negara ini”

“Secara kebetulan, pakaian & kasut yang di’pakai Norman dan Memey memenuhi kriteria yang boleh di’pamerkan di muzium. Lagi pun bukan mudah untuk kita dapatkan kasut rekaan Jimmy Choo yang terkenal itu.”

Sekali lagi kami keliru di’sini, apakah kriteria yang beliau maksudkan? Persalinan pengantin Melayu yang yang terdiri dari tiara mewah, gaun putih & persalinan lelaki 100% acuan New York? Hmm.