Pelakon Muntazar Ghufran mengakui dia berdepan masalah kewangan yang berpunca daripada ‘trading’.
Perkara itu dikongsikan oleh Muntazar dalam sesi siaran langsung selepas ditanya oleh personaliti media sosial Acap S mengenai isu kewangannya.
Menurut rakannya itu, dia mengenali Muntazar seorang yang banyak duit serta bertanuakan adakah disebabkan aktiviti perniagaan tukar beli matawang (trading).
BACA: “Dia Cuma Ada RM500” – Saidah Dedah Muntazar Tak Ada Duit Belum Layak Kahwin
@
“Betul ke kau ada RM500 je? Aku kenal kau, kau banyak duit. Sebab trade ke?” soal Acap.
Menjawav pertanyaan rakannya itu, Muntazar mengakui bahawa dia sememangnya mengalami masalah kewangan berpunca daripada ‘trade’.
Betul, aku ada RM500 sahaja. Masa tu tahun lepas, kewangan aku teruk. Betul, disebabkan trade, aku lost sebenarnya.
Terdahulu, bekas tunangnya yang juga pelakon Saidah Kamaruddin meluahkan rasa berang terhadap tindakan Muntazar yang didakwa telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Kemudian, Saidah mendedahkan punca pertunangannya dengan Muntazar putus kerana masalah kewangan disebabkan aktor berkenaan tiada duit dan belum bersedia untuk berkahwin.