Tahun lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Mawar Rashid susulan keputusannya untuk tidak lagi bertudung kemudian peceraiannya dengan Raf Yaakob pada November lalu.
Memetik Harian Metro, Mawar mengakui masih terkesan dengan perpisahan itu apatah lagi rumah tangga yang dibina pada tahun 2017 hanya mampu bertahan selama enam tahun sahaja.
BACA: “Mawar Rashid, Raf Bercerai Bukan Disebabkan Orang Ketiga” – Wawa Zainal
“Mungkin saya nampak gembira, tapi hakikatnya saya masih bergelut dengan perasaan. Tapi saya percaya masa akan menyembuhkan (kesedihan). Saya kena fokus kepada kesihatan mental dan kerjaya saya.
“Pada masa yang sama, saya kena jaga diri dan anak-anak saya. Mereka adalah keutamaan saya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Mawar berkata perceraian bukan penamat kehidupan seseorang sebaliknya ia tragedi jika meneruskan rumah tangga tetapi tidak bahagia.
“Sekarang tiba masa untuk babak baharu dalam hidup saya. Orang takut nak umum perceraian, sebab masyarakat akan pandang negatif. Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak untuk anda.
“Apapun saya bangga dengan diri sendiri. Apa yang berlaku, sebab dan akibat, biar kami yang tahu,” katanya.
Terdahulu, Mawar dan Raf mengesahkan perceraian mereka sekitar November tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.