fbpx

Mungkin Ini Hadiah Yang Sesuai Untuk Mak Anda Di Rumah Tu, Pasti Love!

Kalau anda antara orang yang pening nak belikan hadiah yang menarik untuk ibu atau mak-mak di rumah tu, jangan risau. Anda baca sampai habis artikel ini kerana mungkin apa yang kami listkan nanti terselit ‘hadiah’ yang sesuai untuk anda belikan kepada emak anda!

Hadiah ni bukan perlu tunggu hari lahir atau hari-hari istimewa jer untuk kita nak berikan pada emak tersayang. Kalau anda ada ‘rezeki lebih’ boleh jer nak hadiahkan pada emak kita. Lagi berkat kehidupan kita tau. Emak pun senyum sampai telinga. Betul tak?

Jadi, meh sini kami listkan pada anda hadiah yang jarang-jarang sekali orang belikan tapi kami pasti emak anda pasti jatuh cinta. Selalunya orang kasi bunga, kek, baju, tapi tu dah biasa sangat dah. Haa..kali ini kita cari barang rare sikit okay!

1. Barang Elektrik

Emak yang kalau duduk di rumah atau pun suri rumah sepenuh masa memang akan sukakan barangan rumah. Kalau tak percaya, anda boleh tanya emak anda sendiri. Hehe.

Sebenarnya bila ada barangan rumah seperti barangan elektrik macam periuk elektrik ke, pembakar roti, vacuum, oven, microwave dan sebagainya; ianya dapat membantu dan memudahkan kerja mereka sehari-hari tau. Barulah seronok jer dia kat rumah tu. Buat kerja pun laju gais. Semangat lain machiam sikit!

2. Emas

Kalau dengar emas jer mesti ramai yang kecut perut. Mana taknya boleh tahan mahal juga tu. Takpe, jangan risau. Kalau anda ada adik beradik ramai, boleh jer kongsi duit ramai-ramai untuk hadiahkan pada emak kesayangan anda tu. Beli sebentuk cincin pun dah kira on!

3. Perabot

Mungkin ada di antara anda jarang hadiahkan perabot untuk emak. Sebenarnya kalau anda hadiahkan perabot, kami pasti mereka love sangat tau! Meriah nanti rumah tu ha.

Antaranya anda boleh pilih meja kopi, sofa, set meja makan. Tak pun bagi hadiah kerusi meja makan pun dah okay gais. Meja masih kukuh, anda boleh jer nak belikan kerusi sahaja.

Ha dah alang-alang tu, anda boleh beli kerusi meja makan dari Rozel! Macam yang anda tahu lah, Rozel antara jenama terkenal dengan perabot yang cantik, moden, tahan lama dan fleksibiliti. Sementara dorang tengah ada sales sekarang ini, anda bolehlah usha-usha kerusi meja makan yang tengah hot sales sekarang ini.

Jangan pandang ringan dengan perabot tau, sebenarnya ada perabot baharu ini umpama terapi diri. Pasti emak anda suka punya.

Berbaloi Sangat!

Bermula SEKARANG hingga 13 Mac ini, harga kerusi meja makan serendah RM299 sahaja! Wah, murahnya. Branded lagi gais. Bayangkan emak anda bila dapat hadiah macam ni, mesti tak lekang dengan senyuman.

Kerusi meja makan bukan hanya untuk rasa selesa apabila anda duduk di atasnya, ia juga perlu kelihatan cantik dan sedap mata memandang.

Rangkaian dari Rozel ini mempunyai keseimbangan yang sesuai agar anda selesa. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai gaya, jadi anda pasti dapat pilihan yang sesuai dengan emak anda tu. Reka bentuk dari Rozel ini juga cantik sangat. Nice kalau sepadankan dengan meja makan di rumah tu. Oh ya, kalau anda nak beli satu set meja makan termasuk kerusi pun boleh tau.

Anda boleh usha di gambar yang kami lampirkan di atas atau boleh jer terus klik LINK INI

Apa yang paling bestnya, jika anda berminat untuk membuat pembelian secara ansuran, Rozel ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran dengan 0% faedah sehingga 24 bulan. Fuh! Betul nikmat nih.

Anda juga boleh ‘melawat’ Virtual Showroom mereka di LINK INI dan juga boleh check di mana showroom terdekat yang anda boleh pergi di LINK INI

Jadi apa lagi gais, anda boleh pilih jer mana barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat mereka. Kami pasti sekecil-kecil hadiah yang anda berikan pun, emak dah rasa bahagia dah.

Untuk info lanjut anda boleh layari laman website Rozel, Facebook dan Instagram Rozel.

#RozelMY #contemporary #fusion #tailored #opulent #sculpted #architectural #traditional #luxurious #timeless #classic #essential #elegant #rozel #sofa #furniture #leather #livingroom