fbpx

“Mungkin Dia Rasa Tak Cukup, Tapi Jangan Cakap Saya Tak Bagi Nafkah”

Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan dibuat bekas isterinya, Nur Fazura mengenai punca perceraian mereka termasuk mengabaikan nafkah keluarga.

Memetik Sinar Harian, Fattah berkata dia mempunyai bukti transaksi menunjukkan segala perbelanjaannya terutama buat Fazura dan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya.

BACA: “Saya Datang Rumah Tak Bagi Masuk, Call Tak Angkat, WhatsApp Susah Nak Balas”

“Janganlah main sentimen itu. Saya ada bukti penyata bank, ke mana wang saya dikeluarkan. Mungkin dia rasa tidak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah kerana nafkah adalah perkara asas dalam perkahwinan, setakat mengikut kemampuan,” katanya.

Sementara itu, Fattah turut kesal isu curang dijadikan alasan cerai kerana perkara itu tidak difailkan dalam perceraian mereka. Malah, Fazura juga sudah menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan aib masing-masing.

Menurut Fattah lagi, dia juga ada simpan sesuatu mengenai bekas isterinya namun sudah ada perjanjian untuk menjaga aib selepas lafaz talak.

“Saya nafikan dakwaan itu, sebelum ini pun, peguam dia sudah jawab mengenai tiada kes curang, kenapa tiba-tiba sebut kes curang?

“Semuanya tidak betul dan saya ada bukti. Bagi saya semua tohmahan ini adalah untuk memalukan nama saya, mencemarkan nama baik saya.

“Sedangkan saya ada tahu sesuatu tentang dia tetapi kita ada perjanjian sebelum lafaz tadi untuk jaga aib masing-masing. Jadi saya terkejut bila tahu dia keluar kenyataan seperti itu. Lagipun malu lah bila anak saya besar nanti lihat mommy, daddy dia bergaduh begini,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian