fbpx

“Mungkin Anak Tak Ke Sekolah…Mujur Ada Bantuan Ni.”

Seperti yang semua tahu, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil tindakan drastik dalam usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan kita semua.

Mana taknya, selepas PM mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) termasuklah dengan duit BPN (Bantuan Prihatin Nasional), ramai yang senyum lebar.

Dan disebabkan perkara inilah ramai dari kita yang menangis syukur! Betul tak? Anda bayangkanlah dikala ada di antara kita tengah terdesak sampaikan ada yang korek duit tabung untuk beli susu anak, PM mengumumkan bantuan BPN 2.0 yang memberi sinar baharu buat semua.

Bantuan Tunai BPN 2.0 Secara One-Off

Pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang membabitkan peruntukan RM7 bilion ini terdiri daripada penerima kumpulan B40 isi rumah, B40 bujang, M40 isi rumah dan M40 bujang akan menerima manfaat daripada pemberian ini.

Untuk info anda, pemberian bantuan tunai duit BPN 2.0 secara one-off (sekali saja) kepada anda yang layak berdasarkan kriteria kelayakan pendapatan bulanan isi rumah dan pendapatan bulanan individu (bujang) sepertimana yang telah dibuat pada Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini.

Kami pasti ramai yang dapat. Dan baru-baru ni sahaja, pemberian Fasa Kedua telah pun diberikan. Kena dengan Matlamat Kedua PERMAI yang mahu memelihara kebajikan rakyat apabilan bantuan ini dipercepatkan.

Syukur Sangat-sangat!

Tak dapat dinafikan, ramai yang mula menggunakan baki yang diagihkan ini untuk keperluan seharian.

Macam suri rumah tangga Nur Sabrina Mohd Zailani, 23, dia yang baru sahaja melahirkan anak berasa sangat bersyukur apabila baki agihan BPN 2.0 ini diberikan. Umpama seperti tepat pada masa, dapat juga dia membeli barang keperluan anaknya itu.

“Biasalah bila dah baru melahirkan anak ni, banyak barang yang perlu dibeli. Anak sulung pula, segala susu, lampin pakai buang, baju semuanya perlu dibeli baru. Alhamdulilah, bila masuk baki duit BPN 2.0 berjumlah RM300 ni, dapat saya tambah beli keperluan anak saya,” jelasnya yang berada di kategori B40.

Beli Barang Keperluan

Bukan kata orang yang dah berkahwin jer gais, sebenarnya orang bujang pun turut bersyukur dengan agihan BPN 2.0 ni.

Mohd Akmal Md Rejab, 25, bekerja di syarikat swasta, menerima BPN 2.0 di bawah kategori B40 yang menerima jumlah RM500 keseluruhannya.

“Mungkin bagi orang lain jumlah baki RM150 tu sikit, tapi bagi saya, jumlah ni dapat saya beli keperluan rumah memandangkan saya tinggal bersama mak di kampung. Sebenarnya jumlah ni dah lepas untuk saya beli barang dapur macam beras, gula, barang mandian dan banyak lagi barang keperluan lain.”

Gaji Suami Lambat

Bagi Shahida Salleh, 37, walaupun bekerja sebagai pembantu tadika, dikala pandemik COVID-19 ini menyerang, gajinya masih lagi tidak mencukupi kerana suaminya baru sahaja memulakan kerja baharu selepas pernah kehilangan kerja akibat wabak pandemik ini.

Jadi agihan baki BPN 2.0 sangat-sangat diharapkannya. Mempunyai 2 anak yang masih bersekolah membuatkan duit itu sangat diperlukan buat masa sekarang untuk membeli keperluan sekolah anak.

“Ekonomi keluarga saya sedikit terjejas bila suami diberhentikan kerja semasa awal wabak pandemik menyerang. Alhamdulilah, suami sekarang pun baru dapat kerja baharu cumanya nak tunggu gaji suami tu agak lambat sikit.”

“Bila dah masuk baki BPN 2.0, lega saya. Dapat juga saya guna beli barang keperluan,” jelasnya syukur.

Amat Hargai Pemberian

Bila kita tengok situasi 3 individu ini, tindakan kerajaan untuk berikan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan sangat bagus. Kerajaan bersusah payah untuk bantu rakyat. Tidak dinafikan juga bahawa bantuan ini amat baik membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Penularan pandemik COVID-19 ni banyak menjejaskan kehidupan kita semua. Bukan di negara ini sahaja, malah hampir seluruh negara di dunia. Jadi keprihatinan kerajaan dalam menyediakan bantuan seperti BPN 2.0 kepada rakyat adalah satu langkah yang sepatutnya.

Dengan adanya BPN, ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terkesan terutama golongan B40 untuk meneruskan kelangsungan hidup.