fbpx

Mungkin Aliff Ada Masalah Mental, Seniman Sedia Bantu – Zed Zaidi

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi berkata pihaknya sedia membantu sekiranya pelakon sensasi, Aliff Aziz mengalami masalah mental susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Zed menyifatkan aktor tersebut berkemungkinan mengalami masalah psikologi dan sedia membantu seandainya memerlukan bantuan daripada pakar psikologi.

BACA: “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…” – Aliff Aziz Mohon Maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Daripada sudut kronologi tentang sikap dia, dah banyak kali perkara sama pernah berlaku. Abang lihat dia lebih kepada masalah diri sendiri, bukannya masalah industri. Sepatutnya dia kena muhasabah diri.

“Saya merasakan mungkin dia (Aliff) mempunyai isu psikologi, dan kami sebagai Seniman bersedia untuk menyediakan kaunselor untuk membantunya,” katanya.

Sementara itu, pihak Seniman belum boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelakon dan penyanyi itu serta perlu menunggu keputusan Jabatan Agama Islam terlebih dahulu.

“Alif masih belum ditetapkan bersalah atau tidak, oleh itu kami masih menantikan keputusan tersebut. Sekiranya dia memang didapati bersalah, Seniman akan mengambil tindakan yang selari dengan keputusan mahkamah,” katanya.

SUMBER: Instagram Hlive