Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan bentuk wajahnya mula berubah menjadi sengket angkara gangguan sihir selama tiga tahun.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Nonny berkata dia sudah tidak mampu menanggung kesakitan disebabkan sihir serta meminta agar mendoakan untuk dirinya terus bangkit.
BACA: Mengaku Dah Tak Bertudung, Nonny Nadirah Marah Siapa?
“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini. Tiga tahun ya sehingga tidak mampu nak menangis. Saya perlu bangkit sendiri dan sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua,” tulisnya.
Sementara itu, Nonny berkata dia akan terus melawan dan memaafkan individu yang menganiaya dirinya serta tidak akan berdendam.
“Mari kita lawan sampai mati. Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid. Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali. Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?” tulisnya.
Sebelum ini, Nonny mengaku dia tidak lagi bertudung serta meluahkan rasa marah dan kesal terhadap seseorang yang tidak berhenti menganggu kehidupannya.