Muhyiddin Pegang Teguh Prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpegang teguh dengan prinsip yang dianjurkan oleh Islam iaitu amar makruf nahi mungkar.
Menurut beliau, jika melihat suatu kemungkaran berlaku, maka menjadi kewajipan untuk mencegahnya dengan niat untuk memperbetulkan keadaan walaupun ia mungkin mempunyai kesan ke atas pangkat dan kedudukan.
Bagi Muhyiddin, yang penting adalah melaksanakan amanah dan tanggungjawab di sisi Allah SWT dan kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa reda dengan ketentuan-Nya.
“Mungkin telah ditakdirkan oleh Allah SWT atas sebab prinsip perjuangan yang saya tegakkan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain, saya telah diberikan amanah yang lebih besar untuk memimpin negara di waktu pandemik.
“Saya diletakkan dalam suatu keadaan di mana saya perlu mengemudi negara dalam waktu yang paling sukar.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, malah sejarah dunia sekalipun, terjadi suatu krisis yang mengancam nyawa dan kehidupan rakyat pada skala yang besar dan berlarutan untuk suatu tempoh yang panjang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku ‘Abah Teguh Kita Bersama’ di Kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin menambah, menjadi Perdana Menteri dalam tempoh pandemik merupakan satu episod yang paling sukar dalam sejarah politiknya.
Bukan sahaja berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang perlu ditangani dengan cermat, malah beliau turut menerima tekanan politik yang datang dari pelbagai sudut.
“Apapun, saya dan rakan-rakan dalam kabinet pada waktu itu telah cuba melakukan yang terbaik dengan memberikan keutamaan kepada usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan melindungi kehidupan mereka,” jelasnya.
Muhyiddin berkata, mungkin apa yang beliau lakukan sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri, walaupun hanya untuk satu tempoh yang singkat, mempunyai kesan yang agak mendalam kepada kehidupan rakyat.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, mereka nampaknya menghargai apa yang beliau dan kerajaan pimpinannya lakukan untuk melindungi nyawa dan kehidupan mereka.
“Kerana itulah agaknya mereka memanggil saya Abah. Saya sendiripun tidak menjangkakan yang ramai orang baik tua atau muda memanggil saya dengan panggilan Abah.
“Ke mana-mana sahaja saya pergi orang panggil saya Abah. Saya dapat rasakan panggilan itu bukan dibuat-buat tetapi terbit dari hati nurani mereka yang jujur dan ikhlas,” ujarnya.
Beliau jugan berasa amat tersentuh setiap kali saya disapa dengan panggilan Abah.
“Saya juga seorang ayah kepada empat orang anak. Sebagai seorang ayah, sepertimana saudara-saudara juga, tentulah kita mencurahkan sepenuh kasih sayang kita kepada anak-anak.
“Jadi, apabila orang memanggil saya Abah, datang suatu perasaan dalam diri saya seolahnya mereka telah merasai curahan kasih sayang saya, dan pastinya saya juga menyayangi mereka. Saya mendoakan semoga hubungan kasih sayang ini akan kekal abadi, insya-Allah,” katanya.
- SUMBER
- Warta Rakyat
Umno telah menipu dan menjatuhkan sesama manusia.. Sebaik sahaja kembali berkuasa dan dapat jawatan pm.. Harga barang terus melambung.. Harga makanan asas naik sehingga 60%.. Terbaru harga alat ganti kenderaam naik sampai 60%.. Lepasni kereta rosak hantar bengkel.. Siap sedia keluar duit.. La ni semua pemimpin umno senyap bisu bila isu ni melanda.. Lepas jatuhkan muhiddin. Ini la yg depa mau.. Najib dan zahid akan terlepas dari penjara. Bila nak pru.. Isu perkauman akan dimainkan.. Dan dan tu kempen nak pertahan raja dan org melayu.. Padahal sendiri kelepet org melayu.. Curi duit rakyat…
Jom kita buat #politikbabi kat memana ig ahli politik, fb dan twitter dorang.. Semu ahli politaik tak boleh pakai.
Sembang babi terbang..ni blog gossip retis bkn politaik
Bebawang army yang bijak. Marilah kita kecam dan tekan PM, Menteri Kewangan dan KWSP agar segera luluskan 10K one off KWSP tanpa syarat for the last time!
Isu tengah panas kena bersuara. Najib dah rayu tuh. Marilah kita support ramai ramai. 10 ribu seorang dapat. Lagi untung daripada kecam dengki kebahagiaan orang yg cuma dapat dosa.
Jadilah bawang yang bijak gais! Kemon! Mari pergi Facebook pihak berkaitan. Tuntut duit 10K. Kalau Najib minta maksudnya kerajaan mampu. Sebab itu KWSP DUIT RAKYAT! Bukan hak kerajaan.
Padan muka.. sapa suruh tangguh parlimen. Last2 kena tendang gak lol
Duit KWSP korang dah dilaburkan laaa..
Tunggu la awal tahun biar beranak dulu utk yg kaya jadi tros kaya dan yg menyimpan tu dpt 5 persen je kan wakaka
Sembang bikin bimbang nak ram..ahli² umngok ngn penjilat be end semua bingai xde end..ludah sorg² kng tau la
Duit kerajaan tu duit rakyat la bahalooollllllllll… Duit kmorg byr cukai kicap cukai petrol cukai pad… Xfaham lg. Kenapa rakyat plu 10k one off sdgkn hasil bumi Msia ni blambak2.. Ptt bg je elaun setiap bln… Tembolok ko mletup br nk bg. Bertanggungjwb la ko sibuk Sgt nk pegang kuasa kan.