Muaz Zabir Anggap Aliff Aziz Tak Gentleman

Pelakon baru Muaz Zabir meluahkan rasa kesal terhadap pelakon sensasi Aliff Aziz susulan tindakannya ‘memetik’ namanya berhubung isu curang dengan Bella Astillah dalam satu podcast minggu lalu.

Memetik Kosmo, Muaz berkata dia sudah berulang kali memohon maaf serta menganggap Aliff tidak gentleman apabila terus mengungkit mengenai isu itu.

BACA: Aliff Aziz ‘Tangkap’ Bella Astillah Curang 13 Oktober 2023

“Takkan selama ini saya bercakap (berhubung menerusi aplikasi WhatsApp) dengan hantu? Kami memang berhubung dan saya boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.

“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tak puas hati dan tak perlulah nak tularkan dalam media sosial. Dia sangat tak ‘gentleman’.

“Dia minta saya jangan kecohkan perkara ini selain sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula berlaku. Saya sudah minta maaf padanya November tahun lalu dan itu ini tidak sepatutnya diungkit lagi,” katanya.

Sementara itu, Muaz berkata Aliff dilihat seperti mempunyai niat tidak baik terhadapnya dan Bella berdasarkan mesej perbualan aktor itu dengan NRF yang didedahkan oleh Didi Astillah.

“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.

“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.

Terdahulu, menerusi podcast The Common Folks Aliff mendedahkan hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz adalah pada Oktober tahun lalu.

SUMBER: Kosmo

×