fbpx

Mr Os: Alhamdulillah, Saya Masih Hidup

Kecoh seketika suasana di media sosial malam semalam apabila tersebar berita yang mendakwa pelakon dan pelawak, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid telah pun meninggal dunia. Perkhabaran palsu itu bagaimanapun dinafikan sendiri oleh empunya diri.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Mr Os- Alhamdulillah, Saya Masih Hidup - ROTIKAYA_001

“Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami (akibat pendarahan pada tonsil). Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar,” katanya kepada mStar Online.

Os menambah, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza dan dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sedia-kala.

“Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa,” katanya yang keluar hospital Selayang Sabtu lalu dan akan meneruskan kerjayanya sebagai pemandu teksi, apabila penyakitnya benar-benar pulih nanti. (rtky/syfq)