Pelakon Mona Allen berkongsikan khabar gembira bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi lelaki petang semalam.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan dan keadaanya baik-baik sahaja.
BACA: Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua
Sementara itu, Mona berkata dia kini sedang berehat dan akan berkongsikan gambar anak keduanya tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Mona turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dirinya dan juga bayinya serta memohon maaf tidak dapat membalas semua mesej yang diterima.
Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.