fbpx

Sebentar tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Memetik Harian Metro, sumber memberitahu pelakon itu menceraikan isterinya dengan talak satu bersaksikan keluarga.

BACA: Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Talak Satu

Lebih mengejutkan, Shuhada dikhabarkan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac depan yang merupakan tarikh hari lahirnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada dilihat ada memuat naik sebuah kata-kata seolah memberi bayangan terhadap situasi dialaminya.

 

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib,” tulisnya.

Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.